1.. Tahukah anda apabila 350ml air yang
diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang
mengandungi 150ml air suling dan
dibiarkan terdedah kepada nyalaan api
bersuhu 100 darjah celcius akan
menghasilkan satu cecair yang dinamakan
air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas dalam
pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana
kajian telah dibuat, seorang pembina
helikopter memerlukan air sirap untuk
menghilangkan keletihan semasa membuat
helikopter, tanpa air sirap mungkin
helikopter tersebut tidak dapat
disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40 km/j
sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris
dan Italy, jurugambar dikenali sebagai
paparazi. Perkataan itu dipercayai
diambil dari watak paparazzo dalam
filem La Dolce Vita yang diterbitkan
oleh Federico Fellini pada tahun 1960.
Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi
juga boleh dikenali dengan nama papa
Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark
telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis
logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi
yang berani menarik butir-butir besi
lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang
diupah untuk menarik kereta bukanlah
magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan
ekornya apabila diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh
sesuatu, ia akan memutuskan ekornya
supaya benda itu tidak mengekorinya
lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu
ia tidak akan diekori lagi.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke
sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun tanpa bantuan kompas.
Ini kerana setiap sarang burung
mempunyai alamatnya yang tersendiri
sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan
lempeng dan tempeleng adalah hampir
sama walaupun ia berbeza dari segi rupa
bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun
orang yang kena tempeleng masih boleh
memakan lempeng apabila dia berasa
lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang
berusia tiga ratus tahun disahkan masih
aktif untuk meletup. Tapi mengikut
kajian ahli gunung, api elektrik di
rumah kita tidak akan aktif jika tidak
membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak
pernah kisah langsung tentang wang
ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Saudara ABDUL-RAHIM yang
ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika KFC dimakan sewaktu lapar, perut
kita akan mengalami satu tindakbalas
yang berupa kekenyangan. KFC juga boleh
digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila KFC yang
dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
Monday, February 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment